
Dokumen Hakmilik Sementera (bersamaan dengan Hakmilik Pejabat Pendaftaran) yang bertarikh 27 Mac 2008 ada sekatan-sekatan kepentingan tersebut:
Tanah yang diberi milik ini tidak boleh dipindah milik, cagar, pajak, pajakan kecil atau sebarang bentuk urusniaga.
Menurut Derek Fernandez, walaupun mereka memiliki tanah itu, Koperasi tidak ada hak untuk membina perumahan untuk dijualkan kepada orang lain. Inilah maksudnya "sebarang bentuk urusniaga".
Jadi, macam mana sekarang?
Berita lanjut:
- Anil Netto: Kg Buah Pala land title prohibits development
- NST: Law prohibits land from being developed
Pihak Koperasi telah mengikut prosedur undang-undang yang benar.Sekiranya ada pihak mempertikaikan undang-undang tidak perlu mengunakan saluran undang-undang bagi menyelesaikan sesuatu masalah.Adalah lebih baik kita menggunakan undang-undang rimba daripada melalui proses undang-undang dalam menyelesaikan masalah.
ReplyDeleteDalam kes ini tidak ada jalan penyelesaian kerana sebarang cadangan yang dibuat hanya menguntungkan sebelah pihak bukanlah kaedah "menang menang".Jangan politikan isu ini kerana ia akan menjadi lebih rumit dan bukanya memberi keuntungan kepada penduduk.Sudah jelas tanah tersebut tanah kerajaan kerana penduduk membayar TOL dan pekara ini telah diputuskan oleh mahkamah persekutuan.Kenapa masih menidakkan undang-undang dalam perkara ini.
Berkenaan "Hakmilik Sementara" kerajaan negeri telah meluluskan pelan bangunan dan bermakna tanah tersebut boleh dimajukan.Tidak terdapat sekatan pada masa ini kerana kelulusan telah diberikan melainkan kerajaan negeri pada masa dahulu tidak meluluskannya.Ini terbukti. Pembangunan dilakukan menguntungkan rakyat bukan untuk merosakkan rakyat dan ini harus diterima oleh semua pihak.
Jangan cuba mengelirukan orang ramai di dalam isu ini kerana ia sudah sampai ke penamat.Segala masalah undang-undang telah diselesaikan.