Thursday, July 30, 2009

Projek Nusmetro di Kg Buah Pala tidak dibenarkan mengikut dokumen hakmilik sementara

Menurut Derek Fernandez, seorang peguam dan ahli MBPJ, undang-undang melarang Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang daripada membuat pembangunan dengan Nusmetro di Kampung Buah Pala.

Dokumen Hakmilik Sementera (bersamaan dengan Hakmilik Pejabat Pendaftaran) yang bertarikh 27 Mac 2008 ada sekatan-sekatan kepentingan tersebut:

Tanah yang diberi milik ini tidak boleh dipindah milik, cagar, pajak, pajakan kecil atau sebarang bentuk urusniaga.

Menurut Derek Fernandez, walaupun mereka memiliki tanah itu, Koperasi tidak ada hak untuk membina perumahan untuk dijualkan kepada orang lain. Inilah maksudnya "sebarang bentuk urusniaga".

Jadi, macam mana sekarang?

Berita lanjut:
- Anil Netto: Kg Buah Pala land title prohibits development
- NST: Law prohibits land from being developed

Wednesday, July 29, 2009

Polis hentikan tayangan filem GADOH di Kg Buah Pala

Pada malam hari Isnin, polis hentikan tayangan filem GADOH di Kg Buah Pala.

Cerita dalam filem GADOH adalah berkenaan dengan masalah perkauman di sekolah dan bagaimana budak-budak boleh menyelesaikan masalah ini dan bekerjasama tak kira bangsa; dan filem ini pun sudah ditayangkan di beberapa institusi pendidikan di Selangor dan Pulau Pinang. Namun, pihak polis berkata 'filem ini boleh menimbul perasaan emosi dan perkauman'. Mereka juga berkata tayangan filem ini tiada permit dan filem itu tidak diluluskan oleh FINAS.

Adakah tayangan filem sangat berbahaya sehingga polis hantar sebanyak 20-50 anggota polis yang mencari pelbagai alasan untuk menghentikan tayangannya?

Berita lanjut:
Police block screening in Kg Buah Pala - Anil Netto

Selamat datang

Selamat datang ke laman web baru Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang!