Wednesday, October 13, 2010

Piket Serentak Di 7 Tempat: Membantah Pindaan Terburuk Akta Pekerjaan



BAYAN LEPAS: Dipijak! Itulah mesej yang indin diberi kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) kelmarin dengan mengadakan piket serentak di 7 tempat - Semenyih, Bangi, Balakong, Shah Alam, Ipoh, Sungai Siput & Bayan Lepas.

PSM Cawangan Bayan Baru mengadakan piket di Bayan Lepas di Jalan Sultan Azlah Shah di depan kilang Bosch.

Sejam sebelum piket itu bermula, kami mendapat berita bahawa rang undang pindaan akta pekerjaan ditarik balik di Parlimen. Piket masih berterusan dan disertai dengan sidang akhbar.

KSM tidak mengakui bahawa ia adalah kesan daripada bantahan rakyat termasuk piket PSM, dan hanya berkata rang undang-undang ditarik balik untuk menambah lagi beberapa perkara. Walaupun rang undang-undang ditolak pada kali ini, tetapi kempen kami untuk melindungi hak rakyat berterusan. Cara BN memerintah sepanjang 53 tahun di Malaysia ialah merampas hak rakyat dan kemudian memberi sedikit kalau ditekan. Dan kemudian merampas lagi. Inilah permainan BN.

Bertindak atau dipijak.




Tuesday, October 12, 2010

Tayangan filem "Capitalism: A Love Story"

Dari Dubai ke Lebuh Pantai, apa yang berlaku di Wall Street di New York mempengaruhi ekonomi sedunia. Pada 22 September 2010, PSM Cawangan Bayan Baru mengadakan satu tayangan filem bertajuk Capitalism: A Love Story ("Kapitalisme: Kisah Cinta"). Pengarah filemnya adalah Michael Moore, seorang pengarah filem dari AS yang telah mengeluarkan beberapa filem-filem isu politik lain.

Kami telah memilih filem sebagai peluang mengadakan satu sesi perbincangan selepas tayangan filem itu mengenai perhubungan antara ekonomi tempatan kita dengan ekonomi sedunia. Para penonton terdiri daripada kira-kira 30 orang termasuk penduduk tempatan, pelajar universiti dan pekerja kilang.

Antara komen yang diberi dalam sesi perbincangan berkenaan dengan satu scenario di dalam filem di mana ketua polis salah satu daerah memberi arahan kepada anggota polis untuk melindungi penduduk tempatan yang sedang diusir oleh bank, pemilik atau agen kerana tidak dapat membayar pinjaman bank (ini berkaitan dengan krisis subprima). Manakala di kebanyakan tempat lain di Amerika dan juga di Malaysia, polis melindungi asset tuan tanah dan pemaju tanpa mempertimbangkan hak rakyat. Patutkah polis buta-buta mengambil arahan dari seorang ketua polis di Bukit Aman yang tidak ada apa-apa perhubungan dengan masyarakat tempatan? Kalau ada Rukun Tetangga di kawasan anda, adakah anggota Rukun Tetangga dari kawasan kamu atau kawasan lain? Fikirlah sedikit.

Seorang pelajar dari Eropah juga memberi pengalamannya tentang sistem ekonomi di sana. Dia berkata walaupun sistem kebajikan di banyak negara Eropah lebih baik daripada di US, tetapi kerajaan di beberapa negara-negara termasuk UK, Sepanyol, Portugal dan Perancis kini menswastakan banyak perkhidmatan awam serta mengurangkan subsidi-subsidi penting (PSM telah menyokong satu kenyataan mengenai isu ini - klik sini).

Filem ini juga menunjuk satu kilang robot di US di mana pekerja-pekerja dibayar gaji mengikut kadar bayaran sejam yang sama. Pemandu lori yang bekerja 8 jam setiap hari dibayar gaji yang sama dengan pengurus kilang kalau dia juga bekerja 8 jam setiap hari. Setiap pekerja penuh masa juga mempunyai hak undi untuk membuat keputusan dalam kilang itu. Ia satu sistem di mana koperasi pekerja, kesatuan sekerja atau kolektif menjalankan kilang atau perusahaan mereka secara demokratik. Para penonton berbincang mengenai model ini dan ada yang juga berkata ia sedang berlaku di semakin banyak kilang di Latin Amerika.

Satu lagi penonton berkata bahawa satu hujah para kritik yang menentang konsep ini adalah pekerja akan menjadi malas dan bergoyang kaki sepenuh masa. Tetapi kalau pekerja menjadi lebih cekap sambil meningkatkan produktiviti dan pengeluaran kilang itu, gaji mereka tetap naik. Dengan kesedaran fakta itu, takkan mereka menjadi malas.

Bandingkanlah dengan sistem kini di mana kebanyakan pekerja tiada motivasi untuk bekerja. Masa depan seorang pekerja di Bayan Lepas tidak tetap, tetapi dedikasinya tetap menghadiahkan pelabur asing kilang itu di California.

Jadi, apakah peranan PSM dalam semua ini? Kami yakin sistem ekonomi kini tidak adil. Melalui langkah-langkah kecil dan besar seperti aktiviti mengedar risalah anti-GST dengan mengadakan kempen untuk pilihanraya tempatan, kami ingin menjadikan negara ini lebih demokratik dan adil. Di samping itu, aktiviti-aktiviti seperti tayangan filem adalah satu peluang yang bagus untuk diskusi, mendapat idea baru dan mendengar pendapat anda.

Kami harap anda boleh menyertai aktiviti PSM di Bayan Baru pada masa depan. Untuk dijemput ke aktiviti kami, ikuti Parti Sosialis Malaysia dalam Facebook, atau email kami di psmpulaupinang@gmail.com. Terima kasih kepada semua yang datang.